Home > Tutorial > Blog Traffic

Blog Traffic

Salam untuk semua,

Untuk entri kali ini saya akan membincangkan mengenai traffic. Traffic adalah jumlah pengunjung yang melawati blog dari hari ke hari. Cabaran yang paling utama untuk pengendali blog adalah mendapatkan traffic dan traffic juga adalah nyawa untuk blog itu sendiri. Dengan kewujudan berjuta – juta blog setiap hari cabaran yang terbesar adalah menghasilkan jumlah traffic yang tinggi. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan jumlah traffic yang tinggi antaranya adalah :

——————————————————————————————————————————————-

Backlink atau pautan

Kita boleh meletakkan backlink/pautan kita pada blog orang lain dan membenarkan backlink mereka kepada laman blog kita dengan ini kedua pihak mendapat manfaat yang sama. Pastikan tidak timbul masalah ‘dead link’  atau pun pautan tidak berfungsi pada laman blog kita.

Satu ciri penting dalam backlink/pautan ialah mengetengahkan entri yang relevan sahaja. Backlink juga perlu diletakkan ditengah – tengah teks yang mempunyai info yang berkaitan atau pun yang selaras dengan informasi blog kita.

Jangan semakkan atau pun membuat keadaan blog anda tidak teratur dengan kehadiran pautan link afilliate, kerana ini boleh menghilangkan keberkesanan link tersebut. Awasi jumlah program produk afilliate dan pastikan anda memilih produk yang relevan dengan blog anda.

——————————————————————————————————————————————–

Pengiklanan

Perkara utama dalam pengiklanan ialah letakkan iklan anda ditempat yang mudah dilihat seperti di side bar, bahagian atas kiri atau pun didalam kandungan. Yang penting sekali ianya mudah dilihat oleh pengunjung.

Buat masa sekarang ini, pengiklanan percuma sudah hilang kepentinganya. Oleh kerana ianya percuma terlalu ramai yang menggunakannya, dan ini menyebabkan kehadiran iklan tidak disedari oleh pengunjung. Tetapi tidak salah untuk mencubanya kerana ianya percuma.

Jadikan pengiklanan kita lebih menarik dan meletakkannya ditempat yang mudah dilihat. kita boleh mengenakan sedikit bayaran untuk iklan tajaan. Iklan – iklan ini termasuklah dalam bentuk banner atau pun teks.

——————————————————————————————————————————————

Menyertai forum siber

Forum adalah tempat orang ramai untuk berkumpul dan membincangkan segala jenis persoalan. Kita boleh membincang dan memberikan pendapat serta mengetahui informasi terkini.

Teknik ini dikatakan paling berkesan jika dibandingkan dengan teknik yang lain. melalui forum maklumat mudah disebarkan melalui perbincangan. Senaraikan semua forum siber di malaysia jika berniat untuk mendapatkan traffic tempatan, kita akan menerima traffic yang tinggi melalui forum.

Perkara yang perlu di elak semasa berforum adalah mengelakkan dari membuat spamming kerana ia akan memburukkan reputasi kita sebagai blogger. Teknik pertama adalah menulis satu topik dan bincangkan topik tersebut. Pada bahagian bawah entri dalam forum letakkan pautan ke blog kita. Isi kandungan yang berkaitan dalam forum tidak dianggap spam.

——————————————————————————————————————————————-

Melawat blog lain – melawat pesaing

Satu langkah untuk meningkatkan reputasi ialah dengan melawat blog pesaing anda, dan berkenalan dengan pembaca melalui ruangan komen pada blog mereka. Pengendali blog sukakan komen jadi pembaca akan datang berulang kali untuk membaca komen. Sesetengah blog yang popular mempunyai beratus – ratus komen pada setiap entrinya.

Ruangan komen membenarkan kita meletakkan nama dann juga alamat blog kita secara tidak langsung, pada setiap komen yang kita tulis akan memaparkan url blog kita. Elakkan komen spam iaitu komen yang semata -mata mahu menayangkan alat url blog anda tanpa menyumbang apa – apa dalam diskusi tersebut. Anda berkemungkinan di block daripada melawat laman web tersebut.

Advertisements
Categories: Tutorial Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: