Archive

Archive for the ‘Peribadi’ Category

Tips Blogspot : Membuat Posting

February 11, 2010 1 comment

Jika anda sudah membuat blog, dan mengetahui masing-masing fungsi editor di blogspot langkah seterusnya adalah membuat posting atau mengisi Blog dengan maklumat, gambar atau apa sahaja yang difikirkan perlu. Ini merupakan perkara dan tujuan utama kita membuat sebuah Blog.

Login Ke Blogspot

Langkah pertama untuk kita membuat posting adalah log in dahulu, cara untuk log in ke dalam blogspot cuma klik link disini login pada blogspot. Pada kotak dialog isikan:

  • Username: Nama yang didaftarkan semasa membuat blog. Username ini adalah alamat e-mail yang diisikan semasa mendaftar.
  • Password: password anda
  • Remember me untuk mencatat nama user dan password pada PC yang digunakan sekarang, ini berguna bila diwaktu lain kita akan login lagi. Komputer akan mencatat dan menyimpan data nama user dan password.

Klik pada button SIGN IN. Selanjutnya kita akan dibawa menuju Form atau Dashboard. Dashboard merupakan panel untuk mengakses ke berbagai fungsi yang mengatur segala yang berhubungan dengan blog seperti Post, Settings, dan Layout.

Membuat posting di Blogspot

Dari Dashboard Blogspot ini kita juga boleh membuat artikel, untuk memulakan membuat artikel klik pada link yang bertuliskan New Post. Atau lihat pada gambar dibawah.

Selepas itu kita akan dibawa kepada kertas kerja kita, terdapat juga pelbagai kemudahan untuk kita dalam membuat posting atau pun meng”edit” artikel pada blog.

Secara asasnya telah pun saya tunjukkan cara bagaimana untuk membuat posting dalam bogspot diharap kepada semua newbie dapat mengikuti langkah ini. sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut sila berikan komen untuk saya jawab terima kasih.

Advertisements

Cantik ( lawa ) versus Tidak Cantik ( tidak lawa )

January 11, 2010 Leave a comment

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman…
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul…
kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih…kesian Read more…

Categories: Peribadi

Johorean Words

January 9, 2010 Leave a comment

10 Things You Should Know About A True Blue Johorean

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar). Read more…

Categories: Peribadi Tags:

Blog – Definasi

January 7, 2010 2 comments

'Aku, dia dan volkwagons'Blog ialah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan. Blog juga memberikan ruang untuk pembaca memberi respon dengan segera tanpa sebarang bentuk tapisan.

Blog terbentuk tidak formal dan ditulis dengan gaya tersendiri bergantung kepada penulisnya berbanding format penulisan media – media lain.

Categories: Peribadi

Salam 2010

January 7, 2010 Leave a comment

Assalamualaikum kepada semua kengkawan dan juga bakal kengkawan..semuga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya..

Rasanya masih berlum terlambat lagi saya ingin mengucapkan selamat tahun baru meskipun sudah menginjak ke 7 haribulan hari ini.

Seperti penat semasa mengikuti konsert pada malam tahun baru masih belum hilang penatnya lagi. huhuhu, cepat benar rasanya masa berlalu kekadang kita langsung tidak perasan.

Categories: Peribadi