Chef Wan – Terima Gelaran Datuk

February 4, 2010 Leave a comment

PRESTASI cemerlang dan ketokohan dalam bidang masakan sememangnya melayakkan Chef Redzuawan Ismail, 52, atau Chef Wan dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, kelmarin.

Chef Wan antara 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara. Chef Wan menerima anugerah itu daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kegigihan mempromosi masakan dan budaya masyarakat Malaysia di mata dunia turut membolehkan Chef Wan dianugerahkan pelbagai pengiktirafan antaranya Fellowship Award dari Thames Valley University of London, Anugerah Ahli Mangku Negoro Paku Buono (AMN) dari Raja Majapahit, Chef Melayu Moden Terbaik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan The Best Celebrity Chef In The World di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009. Read more…

Categories: Isu Semasa Tags: , ,

Pemasyhuran Tunku Ismail Idris sebagai Tunku Mahkota Johor

January 28, 2010 Leave a comment

Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor semalam. Pemasyhuran itu diangkat setelah ayahandanya diMasyhurkan sebagai Sultan Johor, diadakan di Istana Besar pada jam 3.20 petang. Berumur 26 tahun adakah Tunku akan mengikut jejak langkah ayahandanya sememangnya tiada dakwa dakwi lagi mengenai perlakuannya, sentiasa mendekati rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Ayahandanya yang terkenal dengan Kembara Tunku Mahkota Johor ( TMJ ) mendekati rakyat, mendalami permasalahan semuanya dilakukan dengan mencemar duli DEMI untuk rakyatnya.

ALLAH selamatkan kamu!


Share

Along Raja Lawak Kahwin

January 28, 2010 Leave a comment

SAMA padan sama cantik, ikatan cinta yang dibina selama ini akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Inilah ketentuan tuhan yang menyatukan dua hati selepas pasangan artis ini merancang kira-kira dua tahun lalu untuk menjadi suami isteri.

Akhirnya apa yang mereka hajatkan kesampaian. Pasangan Along Cham (Raja Lawak 2) dan Zila (peserta Akademi Fantasi 4), mereka selamat diijabkabulkan dalam sebuah resepsi sederhana yang diadakan di Masjid Jamek Al-Amin, di Felda Lui Selatan 1, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Di kalangan ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat handai sudah pasti mereka gembira melihat kedua-duanya menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati.

Dinikahkan pada 23 Januari lepas, akhirnya pada 14 Febuari akan datang barulah Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, dan pasangannya, Nur Azilah Seeron, 22, atau Zila disandingkan dalam satu majlis resepsi di Felda Jaya, Johor pula.

Terlebih dahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Rujuk Cerai Kawasan Bandar Sri Jempol, Jamhari Samsudin dengan dua kali lafaz nikah. Ini sekali gus menamatkan zaman pertunangan mereka yang dimeterai sejak 9 Disember tahun 2008.

Ketika ditemui, Along yang ternyata gembira dan bersyukur berkata: “Saya sangat gembira bergelar suami kepada Zila dan semua yang dirancang selama ini berjalan dengan lancar. Mudah-mudahan perkahwinan kami kekal ke akhir hayat.” Read more…

Reduce, Reuse, Recycle – Tips Mesra Alam

January 26, 2010 Leave a comment

Tip Mesra Alam

  • Simpan telefon bimbit, komputer, dan barangan elektronik selama yang boleh.
  • Dermakan atau kitar semula dengan baik bila tiba masanya. Pembuangana mengandungi merkuri dan toksik yang lain dan merupakan satu masalah persekitaran yang kian berleluasa.
  • Lebih dari 170 pokok ditebang setiap tahun hanya untuk kertas digunakan untuk pejabat

————————————————————————————————————————————————–

Membuat nota – ini adalah satu cara untuk mengguna semula kertas. Apabila anda menggunakan sehelai kertas disatu bahagian, jangan buangkan selepas diguna. Kumpulkan semula kertas tersebut dengan kawasan kosong diatas. Apabila anda mendapat satu longgok yang banyak, anda boleh gunakan sebagai kertas catatan.

Blog Traffic

January 13, 2010 Leave a comment

Salam untuk semua,

Untuk entri kali ini saya akan membincangkan mengenai traffic. Traffic adalah jumlah pengunjung yang melawati blog dari hari ke hari. Cabaran yang paling utama untuk pengendali blog adalah mendapatkan traffic dan traffic juga adalah nyawa untuk blog itu sendiri. Dengan kewujudan berjuta – juta blog setiap hari cabaran yang terbesar adalah menghasilkan jumlah traffic yang tinggi. Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan jumlah traffic yang tinggi antaranya adalah : Read more…

Categories: Tutorial Tags: , , ,

Google – 5 tips berkaitan

January 12, 2010 4 comments

Google memang mencari lebih dari 100 kriteria yang berbeza ( kadaran kepentingan untuk sesuatu site sentiasa berubah) untuk merangking site/weblog, tetapi ada 5 hal asas yang menjadi kemestian untuk di lakukan bila anda serius dalam mencapai top rangking.

Ada beberapa elemen penting lainnya yang juga akan dibahas nanti. Susunannya bergantung kepada kadaran kepentingan, bermaksud hal pertama akan menjadi lebih penting daripada hal yang selanjutnya. Read more…

Categories: Tutorial Tags: , ,

Apa itu S.E.O?

January 12, 2010 Leave a comment

Salam Tuan/Puan,

Belajr mengenai SEO dan mengenal apa itu SEO adalah wajib bagi semua webmaster atau blogger. Secara umumnya SEO ( search engine optimization )adalah usaha kita untuk meningkatkan ranking weblog atau site kita di mata search engine atau segala upaya untuk menaikkan SERP ( search engine result page ).

Tujuan utama daripada segala macam usaha SEO adalah untuk mendapatkan pengunjung dan menambah pelawat ke blog atau site kita melalui search engine seperti google, yahoo, msn, dan sebagainya. Semakin baik ranking blog atau site maka semakin ramai pelawat yang akan mengunjungi blog atau site kita. Read more…

Categories: Tutorial Tags: , , ,