Archive

Posts Tagged ‘blogspot’

Tips Blogspot : Mengenal Dashboard

February 12, 2010 2 comments

Perkara pertama yang anda akan kenal selepas mendaftar untuk akaun blogspot adalah dashboard. Mengenal dashboard dengan terperinci akan buat anda menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada. Didalam dashboard juga terdapat semua keperluan untuk anda menyunting posting anda, memasukkan gambar, video, dan macam – macam lagi bergantung kepada keperluan anda.

Untuk mengenal dashboard ini anda hendaklah login terlebih dahulu.

Inilah papan pemuka ( dashboard ) blogspot.

Pilihan yang disediakan dalam papan pemuka blogger adalah:

  • Edit Profile – Anda boleh menyunting maklumat peribadi blogger anda
  • Edit Photo – Pilihan untuk anda menukar pilihan gambar anda yang tertera.
  • Create a Blog – Pilihan untuk membina blog baru (tiada had bilangan blog yang ingin dibina)
  • Help – Panduan yang disediakan oleh Blogger.
  • View Blog – Pilihan untuk melihat rupa blog yang telah dibina.
  • NEW POST – Pilihan untuk membuat pos baru.
  • Edit Post –  Pilihan untuk menyunting pos yang telah dibuat.
  • Settings –  Ada 9 fungsi settings disediakan di bawah pilihan ini.
  • Layout –  Beberapa pilihan untuk kerangka blog.
  • Monetize – Pilihan untuk iklan Adsense perlu memiliki akaun adsense terlebih dahulu.
  • View Profile – pilihan untuk melihat maklumat peribadi anda.

Untuk membuat posting klik pada posting.

Dalam setting terdapat 9 fungsi yang akan diterangkan secara berasingan pada posting yang lain.

Dalam layout terdapat 4 fungsi yang akan diterangkan secara berasingan pada posting yang lain.

Inilah semua fungsi – fungsi yang terdapat dalam dashboard, setiap satu mempunyai fungsi yang tersendiri dan terdapat juga beberapa fungsi yang tidak dapat diterangkan pada posting kali ini.

Selamat mencuba untuk semua kawan – kawan! sekadar berkongsi.

Categories: Tutorial Tags: , , ,

Tips Blogspot : Membuat Posting

February 11, 2010 1 comment

Jika anda sudah membuat blog, dan mengetahui masing-masing fungsi editor di blogspot langkah seterusnya adalah membuat posting atau mengisi Blog dengan maklumat, gambar atau apa sahaja yang difikirkan perlu. Ini merupakan perkara dan tujuan utama kita membuat sebuah Blog.

Login Ke Blogspot

Langkah pertama untuk kita membuat posting adalah log in dahulu, cara untuk log in ke dalam blogspot cuma klik link disini login pada blogspot. Pada kotak dialog isikan:

  • Username: Nama yang didaftarkan semasa membuat blog. Username ini adalah alamat e-mail yang diisikan semasa mendaftar.
  • Password: password anda
  • Remember me untuk mencatat nama user dan password pada PC yang digunakan sekarang, ini berguna bila diwaktu lain kita akan login lagi. Komputer akan mencatat dan menyimpan data nama user dan password.

Klik pada button SIGN IN. Selanjutnya kita akan dibawa menuju Form atau Dashboard. Dashboard merupakan panel untuk mengakses ke berbagai fungsi yang mengatur segala yang berhubungan dengan blog seperti Post, Settings, dan Layout.

Membuat posting di Blogspot

Dari Dashboard Blogspot ini kita juga boleh membuat artikel, untuk memulakan membuat artikel klik pada link yang bertuliskan New Post. Atau lihat pada gambar dibawah.

Selepas itu kita akan dibawa kepada kertas kerja kita, terdapat juga pelbagai kemudahan untuk kita dalam membuat posting atau pun meng”edit” artikel pada blog.

Secara asasnya telah pun saya tunjukkan cara bagaimana untuk membuat posting dalam bogspot diharap kepada semua newbie dapat mengikuti langkah ini. sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut sila berikan komen untuk saya jawab terima kasih.

Tips Blogspot : Membina Blogspot

February 7, 2010 1 comment

Untuk posting saya yang pertama, saya ingin menyentuh mengenai akaun untuk blogspot atau blogger. Blogspot atau blogger adalah perkhidmatan yang disediakan oleh google secara percuma kepada semua pelanggannya. Blogger juga merupakan satu platform untuk kita membuat blog dan bagaimana untuk membina blog di Blogger akan saya terangkan secara ringkas.Supaya kita semua dapat sama – sama untuk memeriahkan industri blog malaysia!!

Klik disini untuk memulakanBlogger@Blogspot

Selepas klik pada blogger.com anda klik lagi pada create your blog now

Dan anda sekarang boleh membuat blog pada step yang pertama daftarkan account blog anda disini,

Klik continue untuk anda mengisi maklumat peribadi dan sebagainya,

Penjelasan : Nama blog anda mestilah unik dan berkaitan dengan apa yang bakal buat dengan anda tidak kira sama ada blog bisness, blog peribadi, blog politik atau pun sebagainya .

Penjelasan : Template anda adalah mengikut kegunaan blog, template juga terbahagi kepada berbagai jenis. Ada juga yang 2 column, 3 column dan sebagainya. Pilihlah mengikut selera yang bersesuaian dengan citarasa anda, dan anda juga boleh mengubah template blog anda pada bila – bila masa.

Maka pemprosessan blog anda telah pun berjaya, blog yang anda buat telah pun boleh digunakan. Dan sekarang anda boleh bermula untuk mengisi dengan artikel pilihan anda atau pun dengan bahasa lain membuat posting.

klik pada start posting untuk bermula..sekadar berkongsi

Categories: Tutorial Tags: , ,