Archive

Posts Tagged ‘Mohamad.zamri’

Cara Betul Menggunakan Facebook

February 16, 2010 1 comment

Penggunaan facebook semakin meluas, ianya semakin menarik perhatian dari pelbagai golongan. Daripada golongan ahli politik hinggalah kepada budak sekolah, dari segi pengiklanan pula dari syarikat besar hinggalah kepada mereka yang baru ingin berjinak dalam perniagaan.

Dalam tidak sedar saya sendiri lebih banyak menggunakan facebook untuk tujuan sosial, berkongsi idea dan sebagainya jika mahu dibandingkan dengan forum atau pun penggunaan blog saya sendiri.

Di Facebook terdapat pelbagai cara untuk membuat orang suka dengan kita, antaranya ialah dengan membuat posting yang boleh membuat kawan tersenyum perkongsian idea secara percuma dan sebagainya. Respon yang sangat pantas juga antara sebab saya suka kepada facebook.

Selepas 5 minit saya berkongsi maklumat 25 feedback telah pun saya terima tanpa perlu menunggu lama.

Terdapat kurang individu yang membuat komen pedas terhadap wall kawan ini mungkin kerana segala maklumat mereka mudah untuk dicari jika mahu dibandingkan dengan membuat komen pada blog atau pun forum, mungkin juga dengan sebab ini saya berminat pada facebook.

Perkongsian pada post untuk dikongsi juga menarik perhatian kepada rakan yang mempunyai minat yang sama dengan kita, ‘sharing kan caring’ hehehe

Menulis dengan santai juga boleh membuatkan rakan – rakan gembira dengan kita, mereka juga boleh turut serta dalam perbincangan atau pun membuat mereka tertawa sedikit dengan perbincangan kita. Rasanya dengan cara begini juga akan membuat semua tertarik.

Berminat dengan buku pun sekiranya kita bernasib baik kita akan dapat berhubung terus dengan penulisnya di facebook, seperti yang saya buat disini. Jadi gunalah facebook secara betul seperti tag, share, dan lain – lainnya.

Kesimpulan

Mungkin terdapat banyak lagi cara untuk membuat orang suka dengan kita bukan dengan cara ini sahaja jadi carilah idea, untuk membuat orang suka dengan kita, sayangkan kita, rindukan kita. Facebook sebagai wadah untuk kita berhubung. Walau apa pun sosial networking yang kita join gunakanlah cara yang positif.

Facebook Saya : http://facebook.com/mohamad.zamri

Sekadar Berkongsi!