Archive

Posts Tagged ‘tips facebook’

Soal Jawab Mengenai Facebook

February 21, 2010 Leave a comment

FACEBOOK

Untuk entri kali ini saya ingin membincangkan soaljawab yang paling banyak ditanya oleh rakan – rakan kita, kegilaan mengenai facebook telah pun menular dikalangan semua orang termasuk daripada orang perseorangan hinggalah kepada golongan atasan. Termasuklah Perdana Menteri kita. Mungkin sudah menjadi satu ketagihan dikalangan kita.

Ini adalah sebahagian pertanyaan yang diberikan oleh kawan – kawan kita yang kebanyakkannya diambil daripada komentar melalui blog dan juga facebook saya. Sebenarnya agak mengejutkan juga kerana terdapat beberapa orang yang masih xberapa faham dengan aplikasi facebook yang pada saya mudah dan sangat jelas.

Inilah dia :

Q : Bagaimanakah menggantikan tema/theme pada profile facebook?
A : profile pada facebook tidak boleh diubah seperti yang berlaku pada friendster atau pun myspace, kerana inilah yang dijadikan perbezaan diantaranya. Cuma sesetengah applikasi yang membenarkan perubahan tema pada facebook.

Facebook also means clean and simple *and awesome*.

Q: Daftar selesai, tetapi masih tidak boleh log in? Bagaimana.

A : Periksa inbox email anda, klik pada link confirmation sekiranya tiada link untuk confirmation pada email anda. Klik pada directory spam anda.

Q : Tidak boleh mendaftar! Ditolak pendaftarannya.
A : periksa kembali nama yang telah anda daftarkan, ini kerana facebook hanya menerima nama sebenar. Facebook tidak akan menerima nama panggilan, terutama jika mengandungi unsur numerik dan font besar – kecil yang kelam kabut seperti remaja yang baru kenal dengan dunia internet.

Facebook here also means real identity.

Q : Sudah menggunakan nama betul, tapi tetap tidak diterima?

A : Periksa umur anda. Facebook tidak menerima user dengan umur dibawah 13 tahun. Periksa di muka surat terma dan syarat – syaratnya.

Q : Bagaimana mengubah tulisan yang ada di bawah gambar profil?

A : Klik saja icon pensilnya.dan anda bebas memasukkan apa sahaja tulisan yang anda perlukan.

Q : Aplikasi chat tiba – tiba hilang dan tidak boleh chat
A : Sambungan internet anda terputus dengan facebook. Penyebabnya mungkin penyambung jaringan internet anda terputus.

Sudah dapatkan jawapannya?

Sekadar berkongsi!