Archive

Posts Tagged ‘tips’

Tips Blogspot : Mengenal Dashboard

February 12, 2010 2 comments

Perkara pertama yang anda akan kenal selepas mendaftar untuk akaun blogspot adalah dashboard. Mengenal dashboard dengan terperinci akan buat anda menggunakan sepenuhnya fungsi yang ada. Didalam dashboard juga terdapat semua keperluan untuk anda menyunting posting anda, memasukkan gambar, video, dan macam – macam lagi bergantung kepada keperluan anda.

Untuk mengenal dashboard ini anda hendaklah login terlebih dahulu.

Inilah papan pemuka ( dashboard ) blogspot.

Pilihan yang disediakan dalam papan pemuka blogger adalah:

  • Edit Profile – Anda boleh menyunting maklumat peribadi blogger anda
  • Edit Photo – Pilihan untuk anda menukar pilihan gambar anda yang tertera.
  • Create a Blog – Pilihan untuk membina blog baru (tiada had bilangan blog yang ingin dibina)
  • Help – Panduan yang disediakan oleh Blogger.
  • View Blog – Pilihan untuk melihat rupa blog yang telah dibina.
  • NEW POST – Pilihan untuk membuat pos baru.
  • Edit Post –  Pilihan untuk menyunting pos yang telah dibuat.
  • Settings –  Ada 9 fungsi settings disediakan di bawah pilihan ini.
  • Layout –  Beberapa pilihan untuk kerangka blog.
  • Monetize – Pilihan untuk iklan Adsense perlu memiliki akaun adsense terlebih dahulu.
  • View Profile – pilihan untuk melihat maklumat peribadi anda.

Untuk membuat posting klik pada posting.

Dalam setting terdapat 9 fungsi yang akan diterangkan secara berasingan pada posting yang lain.

Dalam layout terdapat 4 fungsi yang akan diterangkan secara berasingan pada posting yang lain.

Inilah semua fungsi – fungsi yang terdapat dalam dashboard, setiap satu mempunyai fungsi yang tersendiri dan terdapat juga beberapa fungsi yang tidak dapat diterangkan pada posting kali ini.

Selamat mencuba untuk semua kawan – kawan! sekadar berkongsi.

Advertisements
Categories: Tutorial Tags: , , ,