Archive

Archive for the ‘Isu Semasa’ Category

Chef Wan – Terima Gelaran Datuk

February 4, 2010 Leave a comment

PRESTASI cemerlang dan ketokohan dalam bidang masakan sememangnya melayakkan Chef Redzuawan Ismail, 52, atau Chef Wan dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, kelmarin.

Chef Wan antara 240 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan 2010 sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Istana Negara. Chef Wan menerima anugerah itu daripada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kegigihan mempromosi masakan dan budaya masyarakat Malaysia di mata dunia turut membolehkan Chef Wan dianugerahkan pelbagai pengiktirafan antaranya Fellowship Award dari Thames Valley University of London, Anugerah Ahli Mangku Negoro Paku Buono (AMN) dari Raja Majapahit, Chef Melayu Moden Terbaik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan The Best Celebrity Chef In The World di World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009. Read more…

Categories: Isu Semasa Tags: , ,

Pemasyhuran Tunku Ismail Idris sebagai Tunku Mahkota Johor

January 28, 2010 Leave a comment

Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor semalam. Pemasyhuran itu diangkat setelah ayahandanya diMasyhurkan sebagai Sultan Johor, diadakan di Istana Besar pada jam 3.20 petang. Berumur 26 tahun adakah Tunku akan mengikut jejak langkah ayahandanya sememangnya tiada dakwa dakwi lagi mengenai perlakuannya, sentiasa mendekati rakyat dengan caranya yang tersendiri.

Ayahandanya yang terkenal dengan Kembara Tunku Mahkota Johor ( TMJ ) mendekati rakyat, mendalami permasalahan semuanya dilakukan dengan mencemar duli DEMI untuk rakyatnya.

ALLAH selamatkan kamu!


Share